Khamis, 25 Julai 2013

PEMBANTAIAN SYRIA TERJEMAHAN KEKEJAMAN SYIAH

Semua ulama di kalangan Ahli Sunah wal Jamaah sejak zaman-berzaman bermula daripada  Tabien, Imam-imam mazhab yang empat dan sampailah ke hari ini mereka telah mengingatkan akan bahaya Syiah. Syiah merupakan sebuah agama yang lahir daripada ajaran Yahudi.

Secara zahirnya, penganut Syiah dan ulama mereka kelihatan seperti seorang Islam beramal seperti orang Islam lain tetapi jika diperhalusi  betul-betul ibadat yang mereka lakukan semuanya menyimpang daripada ajaran Islam yang di bawa oleh Nabi saw.

Hal ini kerana Syiah telah berbeza  daripada ajaran Islam disebabkan kepercayaan dan akidah yang dianuti oleh golongan ini tersasar daripada akidah Ahli Sunah wal Jamaah.  Misalnya, mereka berakidah bahawa Saidina Ali adalah Nabi yang sebenar, sahabat Nabi semuanya murtad  setelah kewafatan Nabi saw kecuali beberapa orang sahaja yang tidak  murtad.  Mereka menyatakan bahawa al-Quran yang ada pada kita hari ini telah diubah seluruhnya dan diselewangkan oleh para sahabat dan golongan Ahli Sunah wal Jamaah. Dan yang paling musibah sekali mereka mengamalkan kahwin  mut’ah yakni zina yang telah diagamakan pada hal dalam masa yang sama mereka menuduh Aisyah isteri Nabi seorang pelacur.

Maka tidak hairanlah akidah sesat mereka ini dibantah oleh beribu-ribu ulama dikalangan Ahli Sunnah wal  Jamaah dalam kitab-kitab mereka, antara perkataan ulama salaf yang boleh kita kongsikan adalah perkataan Imam Abu Zur’ah. Beliau mengatakan bahawa :

“Jika engkau melihat orang yangmencela salah satu dari sahabat Rasulullah saw, maka ketahuilah bahawa ia seorang zindiq, yang demikian itu karena Rasul bagi kita haq, dan Al-Qur’an haq, dan sesungguhnya yang menyampaikan al-Qur’an dan as-Sunnah adalah para sahabat Rasulullah. Sungguh mereka mencela para saksi kita (para sahabat) dengan tujuan untuk menidakkan al-Qur’an dan as-Sunnah. Mereka ( Syiah) lebih utama  untuk dicela dan mereka adalah golongan zindik.” (al-Kifayah, ms  49, karya al-Khathib al-Baghdadi).

Lebih dahsyat lagi mereka mengatakan Ahli Sunah wal Jamaah adalah ‘Nasibi’. Maksud Nasibi ini adalah manusia yang hina bahkan  lebih hina dari anak zina, manakala  membunuh Nasibi yakni Ahli Sunah seperti kita merupakan suatu kewajipan sekiranya mempunyai peluang.

PERSAMAAN SEMUA SYIAH

Akidah dan kefahaman Syiah ini walau apa pun jenisnya sama ada Syiah Imam 12(Rafidhah), Syiah Nusyairiyah, Syiah Tafdiliyah, Syiah Sabi’iyah dan sebagainya mereka hanya bermuara kepada satu keyakinan bahwa Ahli Sunah wal Jamaah adalah musuh. Mereka memusuhi Ahli Sunah wal Jamaah lebih dari memusuhi  Yahudi dan Kristian.

Hakikat bahaya  syiah ini telah jelas dikalangan para ulama Ahli Sunah,  cuma yang masih keliru dan bersangka baik kepada golongan Syiah ini hanyalah dikalangan masyarakat awam dan pemikir-pemikir Sunni yang jahil terhadap agama Syiah ini. Golongan Sunni yang jahil terhadap golongan Syiah ini mereka merasakan bahawa usaha terhadap ‘Taqrib’ (merapatkan) dan bersatu dengan Syiah di atas nama Islam barangkali dapat menyelesaikan polemik yang telah berlangsung sejak zaman- berzaman ini.

BAHAYA TAQRIB DENGAN SYIAH

Perlu diingat, telah berlaku usaha taqrib ini bermula di Mesir namun yang terjadi sebaliknya. Syiah lebih pandai mengambil peluang taqrib ini dalam usaha untuk mengembangkan pengaruh mereka kepada golongan Sunni yang kurang pengetahuan tentang Islam. Jadi usaha taqrib yang disuarakan oleh golongan Sunni yang kononnya mahu penyatuan ummah ini berakhirnya dengan kejayaan Syiah melebarkan pengaruhnya.

Mana mungkin boleh berlaku usaha taqrib dengan golongan yang secara terang-terangan  telah kufur terhadap akidah Islam.  Apa yang boleh diperkataan usaha taqrib dengan Syiah sebenarnya seperti usaha mengajak kepada Pluralisme yakni menginginkan penyatuan pelbagai agama.

Agama mereka juga adalah ‘Taqiyah’ yakni halal berbohong dan wajib berpura-pura apabila bersama dengan kita. Jika mereka lemah dan tiada kuasa wajib berdusta dengan mengatakan mereka adalah Ahli Sunah, manakala apabila mereka kuat sesama mereka dan mempunyai kuasa lebih-lebih lagi kuasa politik mereka akan membunuh Ahli Sunah tanpa belas kasihan. Inilah golongan munafik akhir zaman seperti firman Allah yang bermaksud:

Dan di antara manusia ada yang berkata, kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat, pada hal mereka sebenarnya tidak beriman (munafik)”. (Surah al-Baqarah, ayat 8) 

KEKEJAMAN SYIAH NUSHAIRIYAH

Buktinya hari ini, Bashar al- Assad dan tenteranya  yang menganut Syiah Nushairiyah telah berlaku kejam dan zalim terhadap rakyatnya yang berakidah Ahli Sunah wal Jamaah.  Hal kebangkitan rakyat di Syria menjadi modal dan peluang padanya untuk membunuh dan menzalimi ahli sunnah. Bukanlah dia mengambil tindakan kepada rakyatnya yang berakidah Ahli Sunah kerana pemberontakan kepadanya tetapi yang benar  tindakannya kejamnya itu adalah  kerana akidah Syiahnya yang mahu melaksanakan  kewajipan terhadap agama Syiahnya.

Perkara ini tidak pelik kepada kita yang telah mengetahui akan bahaya Syiah ini. cuba kita perhatikan, golongan Ahli Sunah wal Jamaah tidak akan dapat hidup aman di negara yang diperintah oleh golongan Syiah. Hidup Ahli Sunah di negara Syiah penuh ketakutan, susah untuk mengamalkan sunah, sentiasa diburu dan terdapat juga ditangkap dan dibunuh tanpa pengetahuan umum.  

Seperti di Tehran Iran,  tiada satu pun masjid Ahli Sunnah yang dibenarkan wujud di sana walaupun kuil dan tempat ibadat Yahudi dan Kristian dibenarkan.

Namun sebaliknya, golongan Syiah mereka dapat hidup aman di negara Islam yang diperintah oleh golongan Ahli Sunah wal Jamaah tanpa diancam atau dibunuh seperti yang mereka lakukan terhadap Ahli Sunah. Malangya nikmat aman yang mereka dapati dari negara Ahli Sunah wal Jamaah digunakan sepenuhnya untuk menyebarkan Syiah.

MAIN WAYANG NATO DAN SYIAH

Manakala golongan Syiah di Timur Tengah dan di Iran digunakan sebaik mungkin oleh NATO dan Amerika. Kalaulah NATO dan Amerika Syarikat ingin menjatuhkan Bashar al- Assad dan rejimnya seperti Saddam Hussin di Iraq,Muammar Gaddafi di Libya dan Hosni Mubarak di Mesir telah lama boleh mereka lakukan tetapi perkara ini tidak dilakukan di negara yang dikuasai Syiah kerana hal ini merugikan mereka.

NATO dan Amerika lebih paandai bermain wayang dengan golongan Syiah ini sejak zaman berzaman. Walaupun kelihatan Syiah begitu lantang mengecam Amerika dan Yahudi dalam masa yang sama mereka sebenarnya adalah kawan yang saling bantu membantu untuk menghancurkan golongan sunni.

Sejarah juga telah membuktikan kejatuhan kerajaan Islam bermula dari khalifah Uthman dan Ali adalah angkara ‘orang dalam’ yakni golongan Syiah. Bahkan sepanjang zaman bermula dari era Bani Umaiyah, Abbasiyah, Ayyubiyah, Otthamiyah sehingglah ke era Millenium ini tidak ada satu pun era yang mana Syiah tidak mengacaunya sehinggalah kejayaan besar mereka dapat menjatuhkan Dinasti Pahlavi yang dikuasi oleh Shah Iran melalui Revolusi Irannya.

Golongan Syiah ini mereka takut akan perpaduan Ahli Sunnah.  Apabila Ahli Sunnah bersatu padu mereka akan cuba berusaha agar perpecahan terjadi kepada Ahli Sunnah. Jika mereka tidak dapat mengacau perpaduan sesuatu Negara Ahli  Sunnah itu, mereka akan berusaha mengheret kuasa luar mengambil tindakan dan menceroboh negara tersebut.

Syiah memang terkenal dengan membuka pintu bagi memudahkan tentera –tentera kafir menceroboh dan menjatuhkan sesebuah wilayah Islam.

SEKAT SYIAH MALAYSIA

Maka, kepimpinan negara kita perlu berhati- hati dan bertegas dengan penganut Syiah yang datang ke sini dengan apa -apa  tujuan sekalipun samada belajar, bekerja, berniaga atau  melabur kerana mereka golongan Syiah ini bukan semata-mata datang dengan tujuan tersebut, tetapi lebih jauh dari itu mereka datang bersama-sama dengan matlamat menyebarkan akidah Syiah kepada masyarakat.

Tidak hairan di negara kita terdapat orang Melayu yang menjadi Syiah, beramal dengan semua amalan Syiah dan berusaha untuk mengajak orang lain kepada Syiah. Jadi, usaha menyekat pengaruh kesesatan Syiah ini perlu dimainkan oleh semua orang dan semua pihak terutama sekali JAKIM, Majlis-majlis dan Jabatan agama Islam, Kementerian Dalam Negeri melalui pihak polis dan pihak Peguam Negara  supaya usaha mencegah dapat didahului kerana kita tidak mahu kelak menjadi parah dan susah untuk merawatnya pula. 
   

Kita yang mengaku Ahli Sunah wal Jamaah perlu sedar  satu perkara bahawa mustahil Syiah dapat bersatu dan berbaik-baik dengan Ahli Sunah kerana Ahli Sunah wal Jamaah itu adalah Islam. Mana mungkin Islam dapat menyatu dengan kekufuran dan kesyirikan. Sesungguhnya Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi dari Islam.  Maka wajar kita semua kembali merujuk kepada nasihat dan peringatan ulama Salafus Soleh melalui  perkataan dan penulisan mereka tentang ancaman golongan Syiah ini.   

Ahmad Tajuddin Bin Idris al-Manhaji
Lulusan Syariah Fiqh dan Usul Universiti Malaya (UM)
Ketua Biro Massa Ilmuan Malaysia (iLMU)
ILMU SALAF DOT COM

Utusan Malaysia 24 Julai 2013

Tiada ulasan: