Isnin, 14 April 2008

TELUS DAN TERBUKA...

aku dari hari ke hari nak menulis tapi sebab banyak sangat benda yang nak di fikir, banyak benda yang nak dibuat maka tertangguh jugak la hasrat nak menulis..hari ini aku ada kelapangan sikit maka aku cuba menulis benda yang tertanam dibenak kepala aku nih..pertama, seminggu lepas heboh di paper cerita pasal kekalahan BN adalah berpunca daripada sabotaj ahli dan telah dikenalpasti ahli yang sabotaj serta akan diambil tindakan..hmmm persoalannya KENAPA AHLI SABOTAJ?Ini yang paling penting..bukannya nak kenalpasti siapa yang sabotaj atau tindakan keatas pen"sabotaj"..mesti ada sebab ahli2 UMNO sabotaj...faktor calon umpamanya..calon yang dilantik tidak mendapat restu bahagian atau pengundi memang taknak " calon selera pemimpin"..sebabnya calon yang macam ini tidak ikhlas berbakti kepada pengundi...kalau dulu rakyat akur dengan kehendak pemimpin..sekarang senario dah berubah..pemimpin yang kena dengar cakap dan kehendak rakyat..sebabnya yang mengundi adalah rakyat dan pengundi hendakkan wakil yang komited memperjuangkan nasib mereka...kedua..tak ramai ahli UMNO yang sabotaj...yang ramai ialah mereka yang bukan ahli UMNO tetapi simpatisme UMNO..buktinya ahli UMNO se Malaysia ada 4 juta sahaja..lebih kurang la....ertinya ramai pengundi yang bukan ahli UMNO berbanding ahli UMNO...jika nak ambil tindakan keatas ahli-ahli UMNO yang sabotaj..pucuk pimpinan kena pikir sejuta kali...oklah..katalah nak amik tindakan..pecat ahli..gantung keahlian..buatnya puak2 yang kena tindakan ni masuk parti pembangkang camna?...Siap buat demo lagi kat paper..pegang sepanduk..tunjuk reramai masuk parti pembangkang...UMNO jugak yang akan tanggung akibatnya....orang melayu kalau dah benci ngan sesuatu benda atau seseorang individu tu..maka bertahunlah kebenciannya tertanam dalam jiwa mereka..persoalan lagi..adakah tindakan itu menyeluruh?maksudnya siapa saja yang sabotaj dalam PRU 12 baru ni akan diambil tindakan...larat ke?...sebab selama ini pun yang kena tindakan tatatertib dalam UMNO pun hanya beberapa kerat sahaja..seolah-olah buat syarat...melepas batuk di tangga..kita imbau semula semasa pemilihan 2004...yang guna duit untuk kempen boleh kata semua calon MKT...yang kena sapa??? semua sekali ke???Jadi benarlah kata TPM dan Menteri MITI ahli UMNO tidak perlu takut untuk suarakan kebenaran dan pendapat...ahli di peringkat akar umbi selepas ini akan berapilah bila mesyuarat cawangan bermula...Bahagian pula jagn buat endah tak endah sahaja suara dari cawangan..pastikan suara cawangan ini sampai ke pucuk pimpinan dan ada tindakan yang boleh dilihat...hmmm BERANI KE BAHAGIAN TELUS DAN TERBUKA??????

Tiada ulasan: